
Menjelang sekolah kembali dibuka pada 20 Januari ini ADUN Semerah, Khuzzan Abu Bakar menganjurkan program 'back to school' berupa sumbangan peralatan pembelajaran kepada pelajar-pelajar memerlukan.
"Untuk kali ini, seramai 26 orang dari 250 orang pelajar telah menerima bantuan persekolahan berupa baucar tunai. Diharapkan dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban para ibu bapa menjelang musim persekolahan yang akan datang.
"Saya juga turut menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada 28 keluarga yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang. Ini merupakan sebahagian program ziarah kasih yang akan terus berjalan sepanjang tahun ini," katanya.
Dalam ada itu, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Ibu Tunggal Batu Pahat yang bekerjasama dalam memastikan kebajikan penduduk di DUN Semerah terus terbela.
コメント