
ADUN Repah, S Veerapan menyumbang sejumlah RM30,000 kepada lapan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan tujuh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di DUN Repah.
Beliau juga memberi lapan khemah bersaiz 20 X 20 kaki dan peruntukan sebanyak RM2,000 kepada setiap MPKK.
"Di samping itu, tujuh KRT di DUN Repah menerima tiga jenis mesin iaitu mesin pemotong rumput, mesin sedut sampah dan mesin pemotong kayu (Wood Chainsaw) dan dana kewangan sebanyak RM2,000.
"Objektif program ini adalah untuk meningkatkan prestasi dan mutu perkhidmatan MPKK dan KRT kepada masyarakat kawasan masing-masing.
"Secara tidak langsung, ia juga akan menaikkan imej Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan," kata Veerapan.
Beliau yang juga Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan menyampaikan bantuan itu pada Program Penyampaian Sumbangan Barangan PeralatanMPKK dan Peralatan Gotong-Royong kepada KRT di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat DUN Repah, Taman Indah, Tampin, baru-baru ini.