top of page

ADUN Rawang hantar bantuan ke Hulu Langat, Bestari Jaya

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Dec 22, 2021
1 min read

Updated: Dec 23, 2021



Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat yang juga Ketua Angkatan Muda KEADILAN Selangor menyumbangkan selori pelbagai barangan keperluan kepada mangsa banjir di Hulu Langat.


Menurut Chua, barangan itu adalah sumbangan penduduk Rawang yang bersimpati dengan mangsa banjir berkenaan.


"Hari ini ramai penduduk Rawang telah menyumbang barangan keperluan ke pejabat saya.


"Dengan segera pihak saya telah menghantar barangan keperluan ke tempat yang berlaku bencana banjir.


"Selori barangan ke Hulu Langat . AMK Hulu Langat akan membantu agihan dan satu kereta barangan ke Bestari Jaya.


"Kami masih mengalu-alukan sumbangan barangan kepada mangsa banjir," katanya.


Selain itu, menurut Chua, AMK Selangor juga akan menganjurkan gotong royong membersihkan rumah mangsa banjir pada Khamis, 23 Disember ini.


Menurut beliau sukarelawan akan berkumpul di Dewan Serbaguna Hamid Tuah, Telok Gong, Kelang pada jam 9 pagi. Peralatan pembersihan disediakan atau boleh dibawa sendiri.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page