top of page

ADUN Rawang hairan caj elektrik naik 5 kali ganda selepas tukar meter pintar



Penggantian meter elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menjadi isu kepada pengguna di Taman Kancing Jaya, Rawang, Selangor.


Menurut Ahli Dewan Negeri Rawang, Chua Wei Kiat, beberapa pemegang akaun TNB di kawasan beliau mengadu bahawa caj elektrik rumah mereka naik 5 kali ganda selepas meter elektrik lama ditukar kepada meter pintar (smart meter).


Katanya, kenaikan tersebut amat luar biasa memandangkan caj sedemikian tinggi itu hanya dikenakan kepada perniagaan atau industri.


"Dua - tiga minggu ini saya terima aduan isu TNB, selepas tukar smart meter. Selepas meter ditukar beberapa penduduk di Rawang juga terima surat daripada TNB.


"Pertama, kerugian hasil. Kedua, kenaikan tarif elektrik. Salah satu contoh, sebelum ini pengadu guna sebulan elektrik RM200 - RM300. Sekarang kenaikan 5 kali ganda sehingga RM1,600 sebulan.


"Mereka tinggal di rumah teres bukan rumah mewah. Caj RM200 kepada RM1,600. Saya rasa itu caj harga kilang, tidak logik perumahan biasa caj hingga beribu," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat DUN Rawang, pagi tadi.


Tambah Chua, pengadu berkenaan bukan sahaja menghadapi masalah peningkatan caj malah TNB memaklumkan menuntut kehilangan hasil dan mahu mereka membayar pampasan sehingga berpuluh ribu ringgit.


"Mereka dituntut caj sebelum ini, iaitu RM60,000. TNB mahu pengguna respons dalam 14 hari, kalau tidak mereka ambil tindakan mahkamah.


"Kalau ikut sample pengiraan yang diberikan iaitu kerugian hasil dari 2017 sehingga hari ini.


"Tuntutan kerugian dibuat kerana disyaki ada kerosakan pada meter atau mendakwa ada orang mengusik (mengganggu) meter tersebut," katanya.


Sehubungan itu, Chua telah menghantar surat untuk bertemu pengurusan TNB Selangor dan pertemuan dijadualkan pada minggu hadapan.


Bagaimanapun, katanya, beliau mahu Kerajaan Persekutuan campurtangan untuk menyelesaikan masalah kenaikan caj dan tuntutan kehilangan hasil yang tidak masuk akal tersebut kerana TNB adalah syarikat berkaitan kerajaan.


"Macam mana ahli keluarga mampu membayar bil elektrik seribu lebih. Kedua, macam mana mangsa mangsa ini mampu membayar berpuluh ribu (tuntutan hilang hasil).


"TNB syarikat berkaitan kerajaan, harap parti parti tertentu masuk untuk membantu rakyat yang susah ini," katanya lagi.


Chua juga menyatakan tuntutan daripada TNB itu tidak wajar memandangkan keadaan rakyat yang baru pulih dari pandemik Covid 19 dan kini menghadapi pula inflasi melampau.


Sedangkan, katanya, TNB mencatat keuntungan tinggi meskipun pada waktu pandemik dan kesukaran menjalan perniagaan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page