top of page

ADUN PH Sabah tolak tukar Ketua Menteri Sabah



Tujuh ADUN Pakatan Harapan (HARAPAN) Sabah mengambil pendirian tidak mahu terlibat dalam apa-apa usaha menjatuhkan Kerajaan Negeri.


Pendirian itu dinyatakan mereka susulan khabar angin tersebar bahawa ada usaha untuk menumbangkan kerajaan dipimpin Ketua Menteri Hajiji Noor.

Tujuh ADUN tersebut Christina Liew (Api-Api), Fung Ming Poon (Tanjung Papat), Ewon Benedick (Kadamaian), Phoong Jin Zhe (Luyang), Jannie Lasimbang (Kepayan), Tan Lee Fatt (Likas) dan Peto Galim (Inanam) dalam satu kenyataan bersama menegaskan tidak pernah memberikan Akuan Berkanun (SD) dan sokongan kepada mana-mana pihak untuk menubuhkan kerajaan baharu Sabah.


Justeru mereka membuat ketetapan menyokong Hajiji secara en-bloc untuk memastikan kestabilan politik Sabah dibina agar tadbir urus pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar.


"Kami memerhati dengan serius perkembangan politik Sabah dan telah mengadakan perbincangan sesama ADUN PH Sabah seramai tujuh orang.


"Kami ingin memaklumkan tidak memberikan Akuan Bersumpah bagi menyokong mana-mana pihak selepas 2020.


"Jika ada pihak yang mendakwa mendapat sokongan daripada kami, maka ianya tidak benar melainkan kenyataan terakhir kami selepas sidang Dewan Undangan Negeri Sabah yang terakhir pada Nov 2022 yang lepas,” kata kenyataan itu.


Spekulasi bermula malam semalam selepas Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengeluarkan kenyataan mengenai kesediaan membuktikan keabsahan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, jika ada keperluan untuk berbuat demikian.


Kenyataan Setiausaha Agung GRS, Datuk Masidi Manjun itu menyebut tindakan berkenaan berikutan dakwaan pihak tertentu memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN untuk menubuhkan Kerajaan Negeri yang baharu.

Pada Nov lalu, Pakatan Harapan Sabah menyatakan yang mereka akan memberi sokongan penuh kepada Hajiji yang juga pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk terus menerajui kerajaan negeri hingga habis tempoh penggal DUN.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page