top of page

ADUN PH - BN lawan perjuangan Islam, helah lama Pas - Wan Ji



Oleh: Abdullah Zaid


Tuduhan Menteri Besar (MB) Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud kononnya dua ADUN pembangkang di negeri itu sebagai pihak menentang perjuangan Islam adalah helah politik Pas.


Pendakwah bebas, Wan Ji Wan Hussein menganggap tindakan MB tersebut adalah helah lama untuk memastikan rakyat terus menyokong Pas memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.


Katanya, dalam Islam politik adalah untuk mentadbir urus negara. Sedangkan mentadbir secara Islam yang efisien tidak semestinya dilakukan oleh Pas sahaja.


"Islam ajar politik adalah mengurus tadbir rakyat dengan baik.


"Justeru, kalau dilihat dalam cara pengurusan air, Selangor lebih mengikut perjuangan politik Islam berbanding Kelantan," katanya kepada Suara Keadilan.


Menurut Wan Ji, Selangor lebih menjaga kebajikan rakyat mengikut acuan Islam dengan menyediakan bekalan air berstandard tinggi, namun bekalan air di Kelantan masih belum memenuhi piawai ditetapkan.


Begitu juga, katanya, Selangor lebih Islamik dalam menyediakan peluang pekerjaan buat rakyatnya berbanding Kelantan yang tidak mampu menyediakan peluang pekerjaan cukup.


"Selangor menyediakan peluang pekerjaan untuk rakyatnya, lebih ikut perjuangan politik Islam berbanding Kelantan.


"Oleh itu, menggunakan jenama Islam di saat gagal memberi kebajikan pada rakyat, ia sama sahaja meletakkan jenama air zam-zam pada botol yang dalamnya ada air arak," katanya lagi.


Oleh itu, tegas Wan Ji, perjuangan politik Islam tidak seharusnya bergantung kepada parti mana tetapi kebajikan yang dilakukan oleh parti berkenaan terhadap rakyat yang diperintah.


Kelmarin, ADUN Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim dan Adun Galas Mohd Syahbuddin Hashim memberi tempoh selama tujuh hari kepada MB Kelantan menarik balik tuduhan beliau yang mendakwa kedua dua mereka menentang perjuangan Islam kerana menang sebagai ADUN Pakatan Harapan dan BN yang menentang Pas.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page