top of page

ADUN pembangkang di Sabah terima tawaran, ugutan

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah, Razeef Rakimin mendakwa beberapa ADUN pembangkang di Sabah menerima tawaran dan ugutan daripada pihak tertentu.


Katanya, beliau dihubungi beberapa wakil media bertanya tentang kesahihan kerjasama antara Christina Liew, Peter Anthony, Peto Galim serta beberapa ADUN Warisan yang akan mengambil alih sebuah parti politik tempatan bagi menubuhkan parti baharu.


“Saya telah maklum akan khabar angin ini sejak beberapa hari lalu namun adalah lebih baik sebarang pengesahan mahupun penafian dibuat oleh individu yang dinyatakan.


“Sebelum ini kami juga ada menerima laporan mengenai tawaran dan ugutan yang dibuat terhadap ADUN-ADUN pembangkang di Sabah terutama mereka yang mempunyai kes mahkamah.


“Pada pandangan saya politik jijik seperti ini perlu dihentikan apatah lagi negara sedang cuba keluar dari krisis pandemik yang terbantut akibat kemasukan varian Omicron,” katanya.


Beliau berkata, percaturan politik seperti ini telah mengorbankan nyawa ribuan rakyat Malaysia akibat penularan wabak Covid-19 yang meningkat berpunca dari Pilihan Raya Negeri Sabah.


“Saya menyeru kepada pemimpin politik untuk fokus membantu rakyat yang cuba bangkit dari krisis ekonomi. Ini bukanlah masa sesuai untuk mengugut dan membeli wakil rakyat pembangkang.


“Kita tidak mahu peristiwa hitam penularan wabak Covid-19 berulang apatah lagi ketika korban akibat wabak Covid-19 di negara ini telah mencapai 30,000 jiwa serta penularan varian Omicron,” katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page