ADUN PBB angkuh, anak muda patut kalahkan Karim dalam PRN - AMK Sarawak



Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak kesal dengan kenyataan angkuh pemimpin kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Abdul Karim Hamzah baru-baru ini yang memperlecehkan gerakan pembangkang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hujung tahun ini.


Menurut kenyataan Ketua AMK Sarawak, Saifunnizam Sam dan Timbalan Ketua AMK Sarawak Hiew Choon Man, kenyataan Karim itu menunjukkan sifat menjengkelkan seorang pemimpin yang telah lama memegang kuasa dan menganggap dirinya lebih hebat berbanding orang lain.


Kata mereka, kesombongan seperti itu merbahaya kepada pentadbiran negeri Sarawak yang mungkin tidak lagi prihatin kepada nasib rakyat selepas ini.


"Dalam mana-mana organisasi, sifat keangkuhan akan muncul dalam kalangan pemimpin kanan apabila mereka menduduki jawatan tinggi untuk tempoh yang lama, terbiasa dengan segala hak istimewa yang dinikmati, dan mula rasa terasing dengan orang-orang di bawahnya.


"Sifat sebegini jika tidak dibendung akan membahayakan pentadbiran sekiranya ia wujud dalam kalangan pemimpin-pemimpin kerajaan. Ini kerana mereka akan merasakan bahawa mereka sentiasa betul dan segala keputusan yang diambil harus diikuti tanpa dipersoalkan.


"Dalam konteks politik di Sarawak, tidak hairanlah disebabkan sikap angkuh ini, YB Abdul sanggup memperlekehkan peranan anak-anak muda dalam politik. Kenyataan beliau beberapa hari lepas jelas menunjukan beliau bukanlah pemimpin yang memperjuangkan

nasib dan kebajikan anak muda Sarawak.


"Bagaimanakah anak-anak muda hendak mengharapkan suara mereka didengari apabila kita mempunyai pemimpin kerajaan yang memandang sinis anak muda yang ingin berkhidmat untuk rakyat? Kenapa harus memperkotak katikan kewibawaan anak muda dengan menasihatkan mereka untuk tidak membuang masa dalam politik dan patut fokus dalam menguruskan kehidupan dirinya?" tanya mereka.


Sehubungan itu, kedua-dua pemimpin muda berkenaan menyeru agar pengundi muda dalam PRN Sarawak kali ini memastikan pemimpin angkuh seperti Karim tersungkur di DUN Asajaya atau di mana-mana mereka bertanding.


Kata mereka, Sarawak memerlukan pemimpin yang lebih muda dan memahami derita serta kemiskinan rakyat.


"Oleh itu, tiada pilihan lain untuk kita selain dari memastikan mereka yang angkuh ini dikalahkan dalam PRN akan datang.


"Adalah menjadi kewajipan anak-anak muda untuk menghukum pemimpin yang angkuh. Negeri kita memerlukan pemimpin yang ada sifat rendah diri dan menghormati semua pihak termasuk anak muda atau lawannya.


"Mungkin kerana sikap angkuh beliau inilah yang menyebabkan ramai berminat untuk melawan beliau di DUN Asajaya. Pemimpin seperti ini tempatnya bukan untuk mewakili rakyat tetapi harus diajar untuk menghormati rakyat," kata mereka lagi.


Selain itu, AMK Sarawak turut mencabar Karim sekiranya beliau benar-benar hebat maka nasihatilah Ketua Menteri Sarawak supaya mengadakan PRN selepas pengundi muda atau Undi 18 dibenarkan mengundi pada Januari 2022.


"Kalaulah beliau yakin sangat dengan kekuatannya, sepatutnya beliau menasihati Ketua Menteri untuk diadakan PRN selepas perlaksanaan Undi 18 dan bukannya tergesa-gesa untuk dibatalkan darurat sehingga sanggup membahayakan nyawa rakyat Sarawak hanya kerana takutkan Undi 18," tambah mereka lagi



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER