top of page

ADUN Pantai Jerejak beri sumbangan kepada teksi, bomba, polis, asnaf dan pelajar

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Apr 28, 2021
1 min read

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak lupa dengan tanggungjawabnya sebagai ADUN Pantai Jerejak apabila beliau menziarahi penduduk di kawasan tersebut sempena bulan Ramadan.


Beliau menyantuni pengusaha-pengusaha Teksi Sunshine dan memberikan sedikit sumbangan.


Malah, beliau berkesempatan menziarahi anggota balai bomba dan anggota balai polis Jalan Tengah Bayan Baru dan turut menyerahkan sumbangan.


Beliau juga menziarahi keluarga Cik Saadiah di Kampung Jawa Bayan Baru yang baru meninggal dunia.


"Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat. Al-Fatihah," katanya.


Saifuddin turut menyampaikan sumbangan kepada Surau Kampung Jawa Bayan Baru, asnaf dan komuniti surau serta menyumbang tablet kepada pelajar-pelajar yang terpilih.


"Meraikan AJK Surau Kampung Jawa dengan majlis iftar dan menyampaikan tazkirah ringkas, saya sentuh tentang pentingnya kita saling memperingati sesama insan.


"Saya berharap sumbangan kecil ini dapat meringankan sedikit beban mereka yang terkesan sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19.


"Semoga Allah permudahkan segala urusan kita...Insya-Allah," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page