ADUN Machap Jaya, Ginie Lim menggunakan cara kreatif apabila mengiringi warga emas Machap Baru dengan menaiki bas ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Taming Sari, UITM Lendu Alor Gajah.
Beliau berkata, seramai 18 orang warga emas telah dibawa menaiki bas dan akan menerima suntikan vaksinasi yang pertama dan akan menerima suntikan yang ke 2 pada 16 Julai.
“Syabas diucapkan kepada warga emas ini kerana sabar menunggu giliran masing masing untuk divaksin.
“Kami berharap semua berada dalam keadaan sihat dan mengharapkan mereka sentiasa menjaga diri mengikut SOP seperti memakai "facemask", sentiasa mencuci tangan, menjaga jarak untuk menjaga kesihatan dan mengikut SOP yang telah ditetapkan,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada barisan hadapan yang bertugas untuk pemberian vaksin ini seperti KKM, PDRM, Pertahanan Awan dan sukarelawan kerana berjaya menjalankan tugas ini dengan sempurna dan tersusun.
“Diharapkan kepada semua yang belum menerima vaksin ini. mereka digalakkan mengambil vaksinasi ini untuk kesihatan kita bersama,” katanya.
Comments