
ADUN Machap Jaya, Ginie Lim turun menziarahi penduduk yang terkesan akibat ribut tempoh hari dan warga emas yang kurang sihat di Kg Melaka Pindah.
Beliau menziarahi dua warga emas dan seorang pesakit buah pinggang.
"Puan Rahmah binti Dol berusia 69 tahun terlantar sakit di hospital hampir sebulan akibat jangkitan Covid-19 dan kini terpaksa memakai lampin pakai buang. Pakcik Md Don pula terkesan dengan bencana ribut di rumahnya pada minggu lepas.
"Mohamad Nor bin Mohd Shah berusia 36 tahun terpaksa menjalani rawatan diealisis (cuci buah pinggang seminggu 3 kali) dan terpaksa membayar rawatan RM220 sekali cuci," katanya.
Turut hadir bekas MPKK Melaka Pindah, Cikgu Alias, AJK Cabang Alor Gajah, Puan Latifah dan Razman serta Ketua Penerangan Wanita Alor Gajah, Puan Alia.
"Semoga dengan bantuan sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung oleh keluarga mereka dan mendoakan semoga mereka cepat sembuh," kata Ginie.