top of page

ADUN Machap Jaya aktif turun padang, edar kurma sempena Ramadan

Writer: Omar Zin
Omar Zin
Apr 16, 2021
1 min read

ADUN Machap Jaya, Ginie Lim dilihat aktif turun padang bagi mengenal pasti segala masalah yang dihadapi di kawasannya.


Terbaru, beliau hadir di SRJK (C) Machap Baru bagi menyaksikan kerja-kerja sanitasi yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Alor Gajah.


"Sanitasi telah dibuat bagi membanteras wabak ini semakin berleluasa dan kesemua bangunan di sekolah tersebut telah disembur.


"Terima kasih juga kepada Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah kerana telah mengambil inisiatif untuk menyelaraskan kumpulan sanitasi ini," katanya.


Ginie juga sempat mengedarkan kurma kepada semua petugas bomba yang terlibat.


"Diharapkan dengan sanitasi ini dibuat, murid-murid yang hadir ke sekolah dalam keadaan selamat dan ibu bapa akan lebih yakin untuk menghantar anaknya ke sekolah nanti," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page