top of page

ADUN Machang Bubuk hantar bantuan kepada 300 keluarga


ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon mendedahkan beliau telah menghantar bantuan kepada kira-kira 300 keluarga di kawasannya setakat ini.


Katanya, bantuan itu dibuat selepas mendapati ramai yang hilang kerja dan putus bekalan makanan dalam masa krisis khasnya ketika PKP penuh.


"Dalam masa seminggu ini, saya telah menghantar bantuan makanan dan barangan dapur kepada 300 keluarga yang hilang punca pendapatan, keluarga miskin, ibu tunggal, warga emas dan OKU di kawasan Machang Bubuk," katanya.


Beliau juga menerima panggilan daripada pasangan muda yang bernama Hafizul dan Emylia.


"Keluarga mereka hanya bergantung kepada pendapatan suami yang bekerja di sebuah kilang perabot.


"Jatuh ditimpa tangga, Hafizul yang menerima gaji harian juga dihentikan kerja kerana kilang perabot tidak beroperasi.


"Mereka berdua juga mempunyai dua orang anak perempuan dengan seorang baru lahir 8 bulan.


"Saya terus pergi membeli susu bayi, diapers dan makanan kepada mereka. Apabila sampai di luar rumah mereka, anak mereka begitu gembira dengan kehadiran saya.


"Saya menyerahkan barangan tersebut serta memberi stroller kepada mereka.


"Semoga keluarga Hafizul diberkati serta dilindungi Tuhan," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page