top of page

ADUN Machang Bubuk bantu ibu tunggal 10 anak mulakan perniagaan


ADUN Machang Bubuk, Lee Khai Loon tampil membantu ibu tunggal menyara diri dan keluarganya dengan memulakan perniagaan.


Beliau tergerak hati untuk membantu selepas dikejutkan dengan berita sedih Kak Ros yang diusir keluar dari rumah serta perlu menyara hidup 10 orang anak secara berseorangan.


Beliau berterima kasih kepada Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim yang bertindak pantas untuk mendapatkan sebuah rumah sewa serta membawa mereka sekeluarga pergi membeli-belah.


"Dari pengusiran, hilang rumah dan hanya tinggal RM40 di poket, kini Kak Ros mampu menjana untung bersih RM847.90 sehari.


"Semasa buka puasa dengan Kak Ros, saya tanya dia berminat untuk menceburi dalam perniagaan. Kak Ros bingung dan senyap sahaja.


"Apabila ditanya apa masalah sebenarnya yang dihadapi. Dia berasa berat untuk dapat modal permulaan bisnes.


"Saya bagi jaminan kepada Kak Ros bahawa tidak perlu risau tentang modal. Saya akan membantu.


"Bila tanya Kak Ros bisnes apa yang ingin diusahakan, dia nak ceburi dalam perniagaan makanan yang merupakan kelebihan dia seperti mee kuah, pasembur, ayam goreng dan lai chee kang.


"Tanpa melengah, saya terus hubungi MPKK Alma Bukit Minyak untuk mendapat tapak perniagaan bagi Kak Ros mula di Bazaar Ramadhan Alma yang bersejarah dan popular," katanya.


Lee berkata, beliau kemudiannya membantu membeli peralatan dapur serta perniagaan bagi persiapan gerai Kak Ros.


"Saya amat terharu apabila melihat Kak Ros telah memiliki sebuah gerai dan bermula perjalanan untuk mengubah nasib sekeluarga dengan memulakan bisnes sendiri.


"Anak-anak Kak Ros yang menganggur juga turun membantu mengendali gerai tersebut. Suasana sekeluarga amat menyentuh hati.


"Demi memastikan Kak Ros boleh berdikari serta mendapat pendapatan yang stabil yang kekal, saya akan terus membantu serta membimbing agar pastikan bisnes yang baru ini akan berjaya.


"Bulan Ramadan menjadi satu harapan dan sinar bagi Kak Ros untuk keluar dari kepompong kemiskinan serta kehidupan yang bermaruah," katanya.

0 comments

Comentários


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page