top of page

ADUN Kulim agih bantuan kepada warga emas naikkan bendera putih

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 2, 2021
  • 1 min read

Meskipun tindakan menaikkan bendera putih sekiranya terputus bekalan makanan ditegah oleh Menteri Besar Kedah, namun terbukti cara berkenaan berkesan dalam mengenalpasti keluarga yang memerlukan bantuan.


Menurut ADUN Kulim, Yeo Keng Chuan (gambar, kanan), pusat khidmat beliau berjaya mengesan warga emas yang mengibarkan bendera putih di kediamannya. Sejurus selepas itu beliau dan petugas pusat khidmat segera memberi bantuan keperluan harian.


"Kempen bendera putih ini yang tular di media sosial sebagai tanda solidariti bagi membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik.


"Sekiranya anda ternampak bendera putih di kawasan DUN Kulim, sila bagitahu pusat khidmat saya.


"Saya akan membantu mereka , as many as I can," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page