top of page

ADUN khianat sudah setahun buat kerenah - Anwar


Pengkhianatan dua ADUN KEADILAN sehingga menumbangkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah baru-baru ini tidak memeranjatkan. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedua-dua mereka telah dijangka akan berbuat demikian kerana memperlihatkan sikap tidak menghormati parti sejak setahun yang lalu. "(Masalah) ADUN ini bukan baru, dia dah buat kerenah setahun. Mesyuarat parti tidak hadir, kerjasama dengan parti tidak ada. Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri, saya sendiri hadir perjumpaan di Kedah, mereka boikot. "Orang bertanya saya. Anwar kenapa tidak ambil tindakan. Kalau saya ambil tindakan kata saya berfahaman puak, tidak sabar. Tetapi ternyata membiarkan kelompok ini menyebabkan parti terjejas," ujarnya menjawab pertanyaan netizen dalam sesi siaran Facebook live, tengah hari tadi. Menurut Anwar, rentetan pengkhianatan sejak dua bulan lalu memang agak menjejaskan parti. Rakyat, katanya, melihat parti seolah-olah porak peranda. Namun parti-parti besar lain seperti Umno dan Pas juga pernah melalui episod hitam seperti itu. "Tengok sejarah Umno. Siapa pengasas Umno. Datuk Onn Jaafar. Apa jadi? Dia keluar. Presiden Umno kedua, Tunku Abdul Rahman, apa jadi? Dia keluar Umno. "Kemudian Tun Razak meninggal dalam jawatan. Tun Hussein Onn keluar Umno. Tun Mahathir keluar Umno, masuk balik dan keluar balik. Datuk Najib, kekal sementara waktu....," katanya berseloroh. Namun tegas Anwar, parti Umno tetap bertahan sehingga hari ini. Begitu juga dalam Pas, pemimpin Fuad Hassan misalnya meninggalkan Pas. Datuk Asri Muda, Presiden Pas era 1970an juga meninggalkan parti itu. Namun Pas bertahan. Bagaimanapun, katanya, dalam 20 tahun sejarah KEADILAN belum ada presiden yang meninggalkan parti. "Dalam sejarah KEADILAN, belum ada presiden yang keluar, Alhamdulillah," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page