top of page

ADUN Hulu Kinta diarah keluar keluar sidang DUN



ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad yang menimbulkan kontroversi membawa seekor ayam proses ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada 14 Disember lalu, semalam diarahkan keluar dewan persidangan.


Tindakan diambil ke atas beliau oleh Speaker DUN Perak, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid apabila Arafat terus mendesak Exco Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil negeri, Datuk Abdul Yunus Jamahri menjawab isu senarai barang Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia yang didakwa mempunyai 'kecacatan' selain kenaikan harga barangan berterusan.


Speaker DUN Perak membuat keputusan demikian apabila Arafat terus meminta Exco untuk menjawab secara lisan selepas Abdul Yunus memberi jaminan akan menjawab soalan itu secara bertulis.

Arafat melambai sebelum keluar dewan

Arafat yang juga ketua Penerangan KEADILAN Perak menyampaikan rasa tidak puas hati dengan arahan Speaker berkenaan.


"Sekejap Timbalan Speaker kata ok, boleh duduk, ini pula (Speaker) kata keluar. Saya tak faham apa benda.


"Saya tanya isu rakyat disuruh keluar, tak apa.


"Saya tanya isu rakyat Exco tak jawab, saya dikeluarkan. Tak apa, ok," katanya dan berlalu pergi.


Isu harga barang memenuhi slot perbahasan di DUN Perak apabila pihak kerajaan negeri BN dan PN dikritik hebat kerana dikatakan tidak melakukan apa apa bagi meredakan kenaikan harga yang menyukarkan hidup rakyat.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page