top of page

ADUN Hulu Kinta, Arafat menang saman fitnah



Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad menang dalam saman fitnahnya ke atas bekas pemimpin KEADILAN Perak, R Segar.


Kemenangan itu diberikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh, Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet pada 22 Mei lepas.


Semalam, melalui perintah meterai dikeluarkan, R Segar selaku defendan telah diarah membayar ganti rugi kepada Muhamad Arafat sebanyak RM150,000.


Defendan turut diarah menerbitkan permohonan maaf serta memadam semua pernyataan berunsur fitnah yang telah diterbitkan di mana-mana media sosial.


Muhamad Arafat yang ditemui pemberita di perkarangan bangunan mahkamah berpuas hati dengan keputusan tersebut dan berharap tiada lagi mana-mana pihak meneruskan fitnah menjatuhkan reputasinya.


"Alhamdulillah, hari ini (Jumaat) saya dapat bersihkan nama saya. Keputusan ini membuktikan apa yang dinyatakan itu semua adalah fitnah.


"Keputusan ini juga secara tidak langsung membersihkan nama parti dan Perdana Menteri selaku presiden kerana sebelum ini dikatakan saya menerima wang itu melalui parti," kata Arafat dipetik Sinar.


Beliau yang juga Naib Pengerusi KEADILAN Perak berkata, tuduhan berkenaan ditujukan ke atasnya pada November 2021 dalam perkongsian video di media sosial.


Katanya, dalam tohmahan tersebut beliau dituduh menyalahguna wang sumbangan kerajaan untuk Covid 19 sebanyak RM40,000 dan menerima dana berjumlah RM450,000 daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden KEADILAN.


"Saya juga dituduh tidak menunaikan janji kepada pengundi Hulu Kinta. Mengambil kira tuduhan itu, saya telah failkan saman terhadap beliau (R Segar)," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page