ADUN Gurun beri bantuan segera kepada mangsa banjir kilat



Banjir kilat yang melanda DUN Gurun kelmarin menyebabkan banyak kerosakan kepada rumah dan harta benda penduduk.


Sehubungan itu, ADUN Gurun Datuk Johari Abdul menziarahi mangsa mangsa tersebut dengan meredah banjir.


Menurut beliau dalam tinjauan bermula kira-kira jam 2.00 petang dan berakhir sekitar jam 12.30 malam itu pelbagai bentuk bantuan disalurkan kepada mangsa-mangsa yang terjejas.


"Bantuan seperti bekalan makanan, barangan keperluan harian dan pelbagai lagi bantuan lain diberikan," katanya.


Johari juga meluangkan masa mengunjungi Pusat Bencana Mangsa Banjir bagi bertemu dengan agensi-agensi yang terlibat mendapatkan maklumat dan perkembangan lanjut mengenai kejadian bencana


Beliau menerima aduan dan makluman daripada orang ramai terutamanya masyarakat yang terjejas mengenai kesukaran untuk membersihkan kawasan kediaman kerana tekanan air yang rendah di samping keadaan sungai yang sempit menyukarkan lagi operasi pembersihan dilakukan. Operasi pembersihan, katanya terpaksa mendapat bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Gurun.


"Punca kejadian banjir kilat ini disebabkan hujan lebat yang berlaku pada Khamis sekitar jam 4.00 pagi, yang mencetuskan kenaikan air yang mendadak sehingga menjejaskan beberapa kawasan di sekitar Gurun


"InshaAllah penduduk yang terjejas akan kita bantu sebaik dan semampu mungkin, memandangkan ramai di antara mereka terjejas teruk dalam kejadian banjir terbabit," katanya lagi.


Menurut maklumat agensi yang terbabit menyelamatkan mangsa, banjir berlaku di beberapa kawasan, iaitu kampung Sungai Ibor (50 mangsa), Kg Belakang Mahkamah Gurun (5), Kg Jelatang (26), Kg Batu 5 (14), Kg Sungai Badak (10), Kg Sungai Bongkok (65) dan Taman Gurun Jaya (1)


Dua Pusat Pemindahan telah dibuka iaitu di Surau Kampung Sungai Bongkok dan Masjid Pekan Gurun



Datuk Johari meredah banjir menziarahi mangsa


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER