
Sempena bulan Syaaban yang mulia, ADUN Bukit Naning menganjurkan gotong royong membaik pulih tempat letak motorsikal untuk menyambut ketibaan bulan Ramadan di Surau Batu 13, Bukit Naning, Johor, baru-baru ini.
Menurut ADUN Yshahrudin Kusni, gotong royong juga dilakukan bagi membaik pulih setor surau berkenaan.
"Pembinaan stor bagi kegunaan khariah surau juga telah fasa terakhir dengan konkrit lantai tersebut bagi mengelakkan kerosakan barangan jika tiada lantai yang sesuai.
"Kerukunan masyarakat setempat ini perlu diteruskan oleh generasi akan datang agar ukhuwah mereka terus terjalan," katanya.
Comments