top of page

ADUN Bukit Batu tinjau masalah jalan terbengkalai



ADUN Bukit Batu, Jimmy Puah Wee Tse (gambar, dua dari kiri) dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching baru-baru ini meninjau masalah pembinaan Jalan Persekutuan Johor - Air Hitam.


Menurut Jimmy, masalah berlaku di selekoh S jalan tersebut yang terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.


Katanya, kontraktor tidak menyediakan jalan masuk ke kebun sawit penduduk tempatan di sana.


"Berdasarkan jawapan yang diterima di sidang DUN, 92% projek itu dijangka siap sebelum 31 Disember 2020.


"Namun timbul isu membabitkan pemilik kebun kelapa sawit yang terkesan daripada projek ini, menyebabkan pekebun itu terhalang daripada memasuki kebunnya sendiri.


"Kontraktor pembinaan jalan raya tidak menyediakan laluan keluar masuk ke kebun mereka. Menurut undang-undang, sesiapa saja tidak dapat menghalang pemilik tanah untuk masuk dan keluar dari tanah miliknya," kata Jimmy dalam sidang media.


Oleh itu, Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor tersebut mahu pihak berwajib berbincang dengan pekebun sawit terbabit bagi menyelesaikan masalah berkenaan sebaik-baiknya.

2 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page