
ADUN Bukit Batu Jimmy Puah (gambar, dua dari kiri) yang juga Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor baru-baru ini turun padang membantu penduduk dalam rayuan mengurangkan kompaun ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Covid 19.
"YB Jimmy Puah turun padang ke Pejabat Kesihatan Daerah Kulai membantu seorang penduduk mengurangkan jumlah kompaun melanggar SOP pengawalan dan pencegahan Covid-19. Kompaun berjaya diturunkan daripada RM10,000.00 ke RM375.00.
"Nasihat telah diberikan kepada pesalah tersebut agar tidak mengulangi kesalahan yang sama di masa hadapan," kata kenyataan Pejabat DUN Bukit Batu.