ADUN BN Negeri Sembilan perlu patuh, ketepi isu hilang keyakinan
- Suara Keadilan

- 2 days ago
- 1 min read

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan perlu mengetepikan isu hilang keyakinan terhadap kepimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan (gambar) berkata, langkah itu bagi memastikan kestabilan pentadbiran negeri dan Kerajaan Perpaduan terus dapat dipertahankan.
Tambahnya, kesemua ADUN terbabit juga perlu akur kepada persetujuan dan ketetapan dicapai hasil Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH yang diadakan pada Selasa.
"Apabila sudah ada keputusan, tentulah perhubungan (UMNO) Negeri Sembilan kena akur terhadap apa juga keputusan yang telah dibuat oleh dua-dua badan tertinggi kedua-dua parti.
"Sama ada mereka masih yakin atau tidak kepada Menteri Besar, itu satu perkaralah. Tetapi dari segi kestabilan negeri, perlu disokong terus Kerajaan Perpaduan.
"Hal-hal mengenai institusi adat itu biarlah pihak yang berkaitan itu menyelesaikan," katanya dipetik.
Untuk rekod, UMNO dan Pakatan Harapan (PH) sepakat untuk mengekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan demi kestabilan negeri dan kesejahteraan rakyat.
Ia antara tiga persetujuan dan ketetapan dicapai hasil Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan UMNO-PH yang dipengerusikan bersama Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.




Comments