top of page

ADUN Batu Uban ucap tahniah pelajar cemerlang SPM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 8 hours ago
  • 1 min read
Kumaresan (kiri) mengucapkan tahniah kepada adik Yean Yee atas kecemerlangan keputusan SPM
Kumaresan (kiri) mengucapkan tahniah kepada adik Yean Yee atas kecemerlangan keputusan SPM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan merakamkan ucapan tahniah kepada seorang pelajar cemerlang atas kejayaan memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).


Menurutnya, kejayaan yang diraih Leong Yean Yee dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Gambir, Batu Uban wajar dijadikan inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik.


"Tahniah diucapkan kepada adik Leong Yean Yee, pelajar SMK Bukit Gambir atas pencapaian cemerlang memperoleh keputusan semua A dalam peperiksaan SPM," katanya dalam hantaran di media sosial.


Menurut beliau, pelajar berkenaan turut menerima tawaran kemasukan ke program matrikulasi, sekali gus membuka laluan ke peringkat pengajian yang lebih tinggi.


"Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik," ujarnya.


Dalam pada itu, Kumaresan menegaskan komitmen kerajaan dalam memastikan peluang pendidikan diberikan secara adil kepada semua pelajar yang layak.


"Kerajaan MADANI sentiasa komited dalam memastikan peluang pendidikan yang adil dan sama rata diberikan kepada semua pelajar yang layak dan cemerlang demi masa depan generasi muda negara," katanya.


Beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada pelajar tersebut dalam melangkah ke alam pengajian baharu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page