top of page

ADUN Batu Uban terus perjuangkan projek Projek Pasar Awam Sungai Dua

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 5
  • 2 min read

ree

Projek pembangunan pasar awam moden di Sungai Dua, Pulau Pinang akan terus diperjuangkan demi kepentingan rakyat setempat, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan (gambar).


Beliau menjelaskan, sejak diberi mandat pada 2018 usaha mendapatkan maklumat mengenai status tanah Lot 20113 dan Lot 9117 di Mukim 13, Sungai Dua – yang terletak berhadapan Golden Phoenix Food Court – telah menjadi antara keutamaan beliau.


"Pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah meluluskan cadangan pembangunan rumah mampu milik (RMM) di kawasan tersebut, merangkumi pembinaan pasar awam moden dan astaka," katanya dalam satu kenyataan.

ree

Menurut beliau, projek tersebut mampu menyelesaikan dua isu besar penduduk setempat, iaitu penyediaan rumah mampu milik untuk keluarga muda dan golongan B40, serta penyelesaian masalah penjaja tanpa lesen yang berlarutan sejak sekian lama.


Mengulas dakwaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bahawa projek berkenaan mungkin digugurkan kerana nilai tanah terlalu tinggi, Kumaresan berkata perkara itu telah dibangkitkan semula dalam Sidang DUN Pulau Pinang.


"Exco Perumahan yang baharu, Datuk Seri Sundarajoo, telah menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa beliau tidak akan bersetuju sekiranya komponen rumah mampu milik (RMM) digugurkan daripada pelan pembangunan asal," katanya.


Sebagai langkah susulan, Kumaresan telah menyampaikan hasrat secara rasmi kepada Ketua Menteri Pulau Pinang agar mempertimbangkan pelaksanaan Request for Proposal (RFP) kepada pemaju yang berminat, dengan syarat pembangunan mesti mengekalkan tiga komponen utama: rumah mampu milik, pasar awam moden, dan astaka.


"Sebagai wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat, saya akan terus memperjuangkan pelaksanaan projek ini sehingga ia berjaya direalisasikan sepenuhnya. Saya yakin bahawa penduduk Batu Uban berhak menikmati pembangunan yang adil, inklusif dan seimbang.


"Rumah mampu milik untuk keluarga, pasar awam moden untuk kemudahan peniaga dan pembeli, serta astaka untuk menyokong kelangsungan penjaja kecil," ujarnya.


Beliau menegaskan, pembangunan yang berpaksikan rakyat mesti menjadi keutamaan, bukan keuntungan semata-mata, selari dengan matlamat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Sebelum ini, merujuk laporan akhbar Sin Chew Daily edisi utara bertarikh 31 Ogos 2025, wakil GERAKAN mempersoalkan janji utuk membina pasar awam di atas tanah Lot 20113 dan Lot 9117, Mukim 13, Sungai Dua, yang terletak berhadapan Golden Phoenix Food Court.


Sedangkan, kata Kumaresan, isu pasar itu telah diperjuangkan oleh beliau sejak 2018, cuma masalah tapak yang perlu menunggu projek perumahan dibina mengendalakan pembinaannya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page