ADUN Batu Uban, A Kumaresan (gambar, kanan sekali) kelmarin menerima penghargaan daripada Perbadanan Pengurusan Desa Permai Indah (Flat Hamna) di atas khidmat beliau dalam usaha berterusan menaiktaraf keperluan penduduk rumah pangsa berkenaan.
"Menerima kunjungan dan penghargaan daripada Perbadanan Pengurusan Desa Permai Indah
"Saya telah membantu mereka mendapatkan peruntukan untuk menukar ganti keseluruhan sistem perpaipan di Blok G dan J melalui Tabung Lembaga Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
"Saya dan YB Sim Tze Tzin, Ahli Parlimen Bayan Baru juga telah memberikan peruntukan bagi projek tersebut," katanya.
Menurut beliau, Flat Hamna mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu hampir 1,568 orang dan kebanyakannya pendapatan rendah dalam kalangan B40.
"Sepanjang saya menjadi wakil rakyat, saya telah banyak membantu menaiktaraf infrastruktur di kawasan tersebut. Pelbagai program komuniti juga sering dijalankan melalui MPKK Sg Dua," katanya lagi.
Comments