ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam berjaya menyelesaikan masalah pemberian pampasan perpindahan kepada penduduk Kampung Batu Uban, baru baru ini.
Menurutnya sejak beliau menjadi wakil rakyat, hal itu sentiasa dalam perhatiannya bagi menjaga kebajikan para penduduk terbabit.
"Hari ini saya telah menyaksikan perjanjian bayaran ganti rugi (ex gratia) oleh pemaju Ivory kepada penduduk Kg Batu Uban. Sebanyak 3 buah keluarga akhirnya akan mendapat pampasan perpindahan seperti yang telah dijanjikan oleh pemaju.
"Sejak saya dipilih menjadi wakil rakyat saya telah mengikuti dengan teliti mengenai perkembangan proses pembayaran pampasan yang telah dijanjikan oleh pemaju kepada penduduk kampung.
"Terdapat 3 buah keluarga yang tidak mendapat pampasan tersebut. Mereka telah berjumpa dengan saya dan sejak itu saya telah berhubung dengan pihak pemaju dan minta mereka selesaikan pampasan seperti yang telah dijanjikan," katanya.
Kumaresan berkata berita baik tersebut akan melegakan keluarga yang terpaksa berpindah.
Comments