top of page

ADUN Batu Uban saran lebih banyak kemudahan AED di tempat awam



Oleh: Abdullah Zaid


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, Kumaresan Aramugam (gambar, dua dari kanan) menzahirkan penghargaan kepada pemilik restoran makanan Golden Phoenix atas keprihatinan mengutamakan keselamatan pengguna.


Hal itu susulan pemasangan peralatan defibrilator luaran automatik (AED) premis makanan di Sungai Dua Pulau Pinang yang dilancarkan semalam.


"AED ialah peranti perubatan yang akan membantu dalam situasi kecemasan sekiranya seseorang mendapat serangan jantung mengejut semasa menunggu bantuan daripada Jabatan Kesihatan.


"AED ini adalah akses awam dan boleh digunakan secepat mungkin," katanya menerusi perkongsian di Facebook.


Justeru, beliau yang juga Naib Ketua KEADILAN Bayan Baru, ingin merakamkan ucapan terima kasih atas inisiatif itu yang dilihat mampu mampu menyelamatkan mangsa yang mengalami situasi jantung terhenti.


"Saya amat menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh mereka. Ini merupakan salah satu program CSR (tanggungjawab sosial korporat) yang dialu-alukan demi kebaikan masyarakat setempat," katanya.


Untuk rekod, AED adalah alat elektronik yang berfungsi untuk memberitahu penyelamat keadaan ritma jantung mangsa yang tidak sedarkan diri dan berupaya memberikan renjatan elektrikal apabila diperlukan.


Selain penggunaan AED, kaedah lazim diamalkan menyelamatkan mangsa jantung terhenti adalah melalui kaedah pemulihan pernafasan dan jantung (CPR).

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page