top of page

ADUN Batu Uban sampaikan kuih kepada petugas barisan hadapan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 18
  • 1 min read
Kumaresan (tengah) mengagihkan kuih kepada petugas barisan hadapan
Kumaresan (tengah) mengagihkan kuih kepada petugas barisan hadapan

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan, menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang disifatkannya sebagai “wira sebenar dan tulang belakang komuniti” atas jasa dan pengorbanan mereka dalam menjaga keselamatan serta kesejahteraan rakyat.


Dalam kenyataan sempena perayaan Deepavali, beliau berkata sumbangan dan dedikasi mereka tidak seharusnya dilupakan kerana golongan ini sentiasa menjadi responden pertama dalam apa jua keadaan kecemasan dan keperluan masyarakat.


"Petugas barisan hadapan adalah wira kami, responden pertama kami dan tulang belakang sebenar komuniti kami


"Kita tidak boleh melupakan dedikasi dan pengorbanan mereka. Itulah sebabnya, untuk setiap perayaan, saya berusaha untuk menyampaikan kuih secara peribadi kepada mereka tanda penghargaan kecil untuk hati mereka yang besar dan perkhidmatan tanpa jemu," katanya.


Kumaresan berkata, inisiatif simbolik itu merupakan cara beliau menzahirkan rasa terima kasih dan penghormatan kepada anggota polis, bomba, petugas kesihatan serta semua agensi keselamatan yang terus berkhidmat tanpa mengira masa dan musim perayaan.


Beliau menegaskan bahawa semangat pengorbanan dan perkhidmatan mereka perlu sentiasa dihargai sebagai contoh teladan kepada masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page