ADUN Batu Uban, A Kumaresan semalam meraikan Penghulu Kadun Batu Uban, Tn Tajuddin yang akan ditukar perkhidmatan di Pejabat Daerah Timur Laut dan akan berpindah ke Pejabat Daerah Seberang Perai Tengah.
"Hampir 6 tahun Penghulu Tajuddin sudah berkhidmat di Kadun Batu Uban.
"Sejak saya dipilih sebagai wakil rakyat pada penggal pertama (tahun 2018), beliau banyak membantu dan tunjuk ajar kepada kami di pusat khidmat terutamanya mengenai perbelanjaan peruntukan dan juga isu-isu melibatkan kebajikan serta bencana.
"Saya ambil kesempatan ini belanja beliau makan tengah hari bersama staf Pusat Khidmat dan Ahli Majlis MBPP saudara Shafiz Bin Rahim Raja di Amari Hotel," katanya.
Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Penghulu Tajudin dan semoga sukses di tempat baharu.
Comments