ADUN Batu Uban, Pulau Pinang, Kumaresan Aramugam (gambar, kanan sekali) semalam turun memantau pelaksanaan Prosedur Operasi Piawai (SOP) pasar malam Sungai Dua yang dibenarkan kembali beroperasi selepas hampir 2 tahun ditutup akibat Covid 19.
Menurut beliau, pematuhan SOP dalam kalangan peniaga dan pembeli di pasar malam itu penting dan harus dikekalkan bagi meneruskan aktiviti berkenaan pada masa hadapan.
"Saya turun memantau SOP dan memastikan keselamatan pengunjung serta peniaga dipatuhi. Ahli MPKK Sg Dua dengan bantuan pegawai Majlis Bandaraya Pulau Pinang menjaga laluan masuk bagi memastikan SOP dipatuhi oleh pengunjung pasar malam.
"Saya juga sempat menyantuni dan beramah mesra dengan peniaga. Rezeki mereka terjejas teruk ketika PKP, ada antara mereka yang beralih bidang dan mencari pekerjaan lain. Mereka amat bersyukur apabila pasar malam dapat dibuka semula," katanya.
Turut hadir bersama saudara Zulfazdli, Pengerusi MPKK Sg Dua dan saudara Razak, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Malam.
Comments