top of page

ADUN Batu Uban lawat mangsa kebakaran

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Dec 21, 2024
1 min read


ADUN Batu Uban, A Kumaresan semalam melawat mangsa kebakaran di Jalan Permai, Taman Brown, Pulau Pinang.


Menurut beliau kejadian kebakaran itu melibatkan sebuah rumah dua tinggat yang dihuni tiga keluarga.

Kumaresan (kanan) melawat mangsa
Kumaresan (kanan) melawat mangsa

"Terdapat tiga keluarga, iaitu 10 orang penghuni di rumah tersebut termasuk warga emas dan kanak-kanak. Syukur tiada sebarang kemalangan jiwa. Hanya sebuah bilik terbakar 90%.


"Semalam MPKK Taman Brown, penghulu kawasan dan pasukan Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut telah sampaikan bantuan segera.


"MPKK juga telah membuka dewan untuk kegunaan tempat tinggal sementara keluarga ini," katanya.


Kumaresan berjanji Kerajaan Negeri, pejabat khidmat DUN Batu Uban dan Pusat Zakat akan memberi bantuan kewangan bagi meringankan beban mangsa kebakaran tersebut.

1 Comment


LouisaFletcher
Oct 22

Seeing that ten people from three families, including elderly residents and kids, made it out without injury is the detail that stays with me, since a two-storey fire can turn tragic so fast. The part about opening the community hall for temporary housing stands out too, because that kind of quick practical support often matters more than people realize in the first few days. I've noticed how often the immediate coordination behind the scenes gets overlooked, and honestly, following how risk and chance play out in different situations is part of why https://10eurocasinozondercruks.com interests me, though here it's the community response that really counts.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page