ADUN Batu Uban lawat 11 sekolah sempena Hari Guru
- Suara Keadilan
- May 25, 2024
- 1 min read

ADUN Batu Uban, A Kumaresan baru baru ini meluangkan masa berkunjung ke 11 buah sekolah di kawasan Kadun Batu Uban yang terdiri daripada 5 buah Sekolah Kebangsaan, 5 buah SJKC dan sebuah SJKT.
"Saya mengambil kesempatan ini menghadiahkan kek sempena Sambutan Hari Guru.
"Ada beberapa permohonan daripada pihak sekolah seperti menaiktaraf infrastruktur, bantuan peruntukan untuk aktiviti dan program.
"Saya akan meneliti semua permohonan tersebut dan memberikan bantuan sewajarnya," katanya.
Turut bersama ialah pegawai seranta daripada Pusat Khidmat Kadun Batu Uban dan wakil Pusat Khidmat Parlimen Bayan Baru.
Comentários