top of page

ADUN Batu Uban jadi perantara penyelesaian isu tanah Kg Batu Uban

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Kumaresan tampil menjadi perantara bagi mencari penyelesaian adil kepada lima penduduk Kg Batu Uban
Kumaresan tampil menjadi perantara bagi mencari penyelesaian adil kepada lima penduduk Kg Batu Uban

Isu melibatkan lima penduduk Kampung Batu Uban yang menerima notis daripada peguam tuan tanah mendapat perhatian segera Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan, yang tampil menjadi perantara bagi mencari penyelesaian adil kepada semua pihak.


Menurut Kumaresan, penduduk berkenaan sebelum ini menerima tawaran bayaran ex gratia daripada pihak tuan tanah, namun menolaknya kerana jumlah yang ditawarkan dianggap terlalu rendah.


"Lima orang penduduk dari Kampung Batu Uban telah datang berjumpa dengan saya setelah mereka menerima notis daripada peguam tuan tanah.


"Pada awalnya, tuan tanah telah menawarkan bayaran ex gratia, namun ia tidak dipersetujui oleh penduduk kerana jumlahnya terlalu rendah," katanya dalam satu kenyataan.


Susulan itu, Kumaresan mengambil inisiatif berunding secara terus dengan pihak tuan tanah bagi mencari jalan penyelesaian terbaik dan memastikan kebajikan penduduk terpelihara.


“Baru-baru ini, saya telah berbincang secara terus dengan pihak tuan tanah dan berjaya mendapatkan tawaran ex gratia yang lebih setimpal.


Saya juga telah memohon agar pihak pemaju menarik balik tindakan undang-undang terhadap penduduk yang terlibat,” ujarnya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Datuk Laikat, Ketua Cawangan UMNO Batu Uban, atas keprihatinan dan kerjasama yang diberikan dalam membantu menyuarakan isu berkenaan.


"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada Datuk Laikat atas keprihatinan dan kerjasama beliau membantu membawa isu ini ke perhatian saya," katanya.


Kumaresan menegaskan bahawa penyelesaian yang dicapai adalah hasil pendekatan rundingan dan kerjasama rentas parti, selaras dengan semangat Madani yang menekankan kesejahteraan rakyat melebihi perbezaan politik.


Beliau turut memberi jaminan akan terus memantau perkembangan kes tersebut dan memastikan hak serta kepentingan penduduk Batu Uban sentiasa dilindungi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page