top of page

ADUN Batu Uban ingatkan kontraktor pembersihan patuhi syarat kontrak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kumaresan berucap dalam majlis dihadiri MBPP, MPKK, kontraktor dan penduduk setempat
Kumaresan berucap dalam majlis dihadiri MBPP, MPKK, kontraktor dan penduduk setempat

Pusat Khidmat KADUN Batu Uban semalam menganjurkan sesi taklimat dan perjumpaan bersama kontraktor pembersihan serta kutipan sampah di kawasan Batu Uban, dengan kehadiran wakil Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).


Dalam sesi itu, ADUN Batu Uban, A Kumaresan, menegaskan agar semua kontraktor melaksanakan tugasan dengan penuh berhemah serta bertanggungjawab.


"Mereka juga diingatkan untuk mematuhi semua syarat kontrak yang telah ditetapkan oleh MBPP bagi memastikan mutu perkhidmatan sentiasa terjamin," katanya dalam muat naik di Facebook.


Beliau menambah, pihak Pusat Khidmat KADUN bersama MPKK akan terus memantau prestasi kontraktor dari semasa ke semasa bagi memastikan kebersihan kawasan sentiasa terjaga.


"Perjumpaan ini turut menjadi platform bagi memperkukuhkan komunikasi antara MPKK dan kontraktor, agar setiap aduan yang diterima dapat disalurkan dengan lebih pantas, seterusnya membolehkan tindakan susulan diambil segera," jelasnya.


Hadir sama dalam perjumpaan ini ialah Ahli Majlis MBPP, Cikgu Chan, Pegawai MBPP dari Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Tuan Shafiz, serta Pengerusi dan Setiausaha MPKK KADUN Batu Uban.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page