top of page

ADUN Batu Uban harap Pesta Pongal tahun ini permulaan yang lebih baik



ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam berharap Pesta Pongal tahun ini akan memberi permulaan yang baik kepada rakyat Malaysia pasca pandemik Covid 19 dan banjir besar tahun lalu.


Katanya, Pesta Pongal atau pesta menuai disambut oleh masyarakat India sebagai tanda kesyukuran terhadap kehidupan dan alam semula jadi yang memberi rezeki. 


"Pongal disambut setiap tahun pada hari pertama bulan ‘Thai’ mengikut kalender Tamil sebagai tanda meraikan hasil pertanian, dengan harapan tuaian pada tahun berikutnya akan lebih baik.


"Pada hari Pongal, beras dimasak dengan susu dan gula perang dalam periuk tanah baharu, ketika matahari terbit atau waktu dianggap bertuah sehingga susu melimpah sambil melaungkan ‘Pongaloo Pongal’," katanya.


Oleh kerana negara telah dua tahun dibelenggu pandemik Covid 19 maka Kumaresan mengharapkan tahun tahun berikutnya rakyat akan pulih dari segi ekonomi dan kesihatan serta kembali menjalani kehidupan seperti sedia kala.


"Seperti pepatah India yang menyebut ‘Thai Piranthal Vazhi Pirakkum’ yang membawa erti permulaan bulan Thai yang membuka peluang baharu dan cerah kepada semua. Saya berharap semoga Tahun 2022 menjadi tahun yang lebih produktif, membawa kesejahteraan dan membuka lembaran baru untuk semua," katanya lagi.


Tahun ini, perayaan Thaiponggal bermula dari 14 sehingga 17 Januari 2022. Thaiponggal merupakan antara perayaan yang terpenting dalam komuniti Tamil.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page