ADUN Batu Uban hadiri program ramah mesra bersama Menteri Pendidikan
- Suara Keadilan

- May 20, 2024
- 1 min read

ADUN Batu Uban, A Kumaresan semalam hadir ke majlis ramah mesra bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Menurut Kumaresan, dalam majlis itu Fadhlina mengumumkan peruntukan sebanyak RM50,000 sebagai permulaan untuk membina bangunan baharu sekolah berkenaan.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Datuk Seri Sundarajoo Somu, Exco merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Sekolah-Sekolah Tamil Negeri Pulau Pinang, Tuan Abdul Said Hussain, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Pegawai PPD SPS, LPS, PIBG sekolah dan Ahli Majlis Tempatan.









Comments