top of page

ADUN Batu Uban hadir perasmian Terminal Bas Sungai Nibong

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 17, 2024
  • 1 min read

ree

ADUN Batu Uban A Kumaresan (gambar, tiga dari kanan) hadir ke Majlis Perasmian Terminal Bas Sungai Nibong yang baharu dinaik taraf oleh Easybook Sdn Bhd dan UDA Holdings baru baru ini.


Menurut Kumaresan, terminal bas yang dinaik taraf itu dimiliki oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan telah dipajak kepada Easybook Sdn Bhd.


"Sebagai ADUN kawasan, saya sangat mengalu-alukan sebarang pembaharuan terminal ini demi keselesaan pengunjung.


"Untuk makluman pada tahun 2019 saya pernah membawa cadangan di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya Kerajaan Negeri dapat menaik taraf terminal bas ini demi keselesaan pengguna dan juga mengintegrasikan konsep bandar pintar bertaraf antarabangsa sama seperti Penang Sentral di Butterworth," katanya.


ree

Pada tahun 2024, Kumaresan amat berpuas hati kerana rakyat Butterworth dapat melihat wajah baharu terminal bas yang menjadi destinasi utama ketibaan pengunjung ke Pulau Pinang itu.


Terminal bas berkenaan dirasmikan oleh H’ng Mooi Lye, Exco Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar Negeri Pulau Pinang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page