ADUN Batu Uban edar Jalur Gemilang sempena kemerdekaan
- Suara Keadilan

- Aug 22
- 1 min read

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban, A Kumaresan mengedarkan Jalur Gemilang kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) serta Badan Pengurusan (MC) di KADUN Batu Uban.
Menurut Kumaresan, pengedaran bendera kebangsaan itu bertujuan menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat serta memastikan setiap kawasan di Batu Uban dapat mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh kebanggaan.
"Marilah kita bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang dengan penuh semangat cintakan negara.
"Malaysia Madani: Rakyat Disantuni," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menyeru orang ramai agar menghiasi kediaman, premis dan kawasan komuniti dengan Jalur Gemilang sebagai tanda solidariti serta penghargaan terhadap pengorbanan pejuang kemerdekaan negara.









Comments