top of page

ADUN Batu Uban berjaya bantu 12 penduduk miliki rumah selesa


Oleh: Azuan Ab Rahman


Ahli Dewan Undangan (ADUN) Batu Uban, Kumaresan Aramugam melahirkan rasa bersyukur apabila nasib 12 keluarga yang sebelum ini menduduki rumah panjang Kampung Batu Uban terbela.


Ia susulan kesemua keluarga itu diberikan kunci rumah baharu di Pangsapuri Idaman Prestij (K Park) di Balik Pulau, Pulau Pinang.


Melalui perkongsian di laman Facebooknya A. Kumaresan berkata, sebelum pilihanraya lalu, 12 keluarga tersebut telah menerima notis pengosongan daripada Pejabat Tanah dan Galian.


Ia bagi memberi laluan kepada projek Pembinaan Pencawang Masuk Utama (PMU) 275KV PMU oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).


"Penduduk telah berjumpa dan memohon bantuan saya.


"Saya telah mengadakan sesi perbincangan bersama pihak TNB dan PTG (Pejabat Tanah dan Galian).


"Rundingan saya senang, penduduk tidak mempunyai halangan untuk memberi laluan kepada projek pembinaan pencawang utama oleh TNB, tetapi dengan syarat TNB memberikan seunit rumah gantian untuk mereka yang terlibat," jelasnya.


Hasil rundingan itu jelasnya, TNB telah bersetuju untuk menggantikan seunit rumah berharga RM42,000 dengan kos sepenuhnya dibayar oleh TNB kepada Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang.


"Terima kasih kepada YB Datuk Seri S Sundarajoo, Exco Perumahan dan Alam Sekitar membantu memudahkan urusan ini supaya dapat dijalankan dengan lancar dan secepat mungkin. Terima kasih juga kepada pihak TNB atas keprihatinan terhadap penduduk yang terlibat," tambahnya melalui hantaran tersebut.

0 comments

コメント


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page