top of page

ADUN Batu Uban beri bantuan tambah Skim Rondaan Sukarela untuk penduduk



ADUN Batu Uban, Kumaresan Aramugam semalam mencadangkan ditubuhkan lebih banyak Skim Rondaan Sukarela (SRS) bagi menjaga keselamatan penduduk di kawasan DUN berkenaan.


"Saya telah mengatur satu perjumpaan bersama Tuan SI Mohamad, Ketua Balai Polis Sungai Nibong dan Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga (KRT) untuk penubuhan Skim Rondaan Sukarela (SRS). Turut hadir memberi penerangan En. Hizuan, Penolong Pegawai Perpaduan Timur Laut.


"Di Kadun Batu Uban terdapat 8 KRT dan hanya 3 KRT yang mempunyai SRS. Saya juga telah mengumumkan bantuan peruntukan sebanyak RM1,000 kepada setiap KRT yang menubuhkan SRS.


"Harap bantuan peruntukan ini dapat digunakan untuk membeli peralatan untuk ahli SRS dan mereka dapat membuat rondaan di kawasan masing-masing bagi menjaga keselamatan komuniti, terutamanya pada waktu malam," katanya.


Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada penduduk tempatan Hj Ibrahim dalam menyelaras bersama KRT dan En. Ah Ba yang menyediakan tempat perjumpaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page