top of page

ADUN Batu Uban bantu dapatkan bantuan JKM

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 12, 2022
  • 1 min read


Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Uban, Kumaresan Aramugam baru baru ini membantu beberapa penduduk di kawasan beliau mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).


Menurut Kumaresan, beliau mengaturkan lawatan bersama pegawai JKM ke beberapa buah rumah penduduk yang kurang upaya untuk pergi ke pejabat JKM.


"Saya telah mengatur satu lawatan bersama pegawai JKM Timur Laut untuk melawat beberapa rumah di Kadun Batu Uban.


"Mereka ini tidak dapat bergerak dan tiada pengangkutan, maka saya telah turun padang untuk membantu mereka memohon bantuan JKM," katanya.


Turut hadir dalam lawatan itu adalah Ahli Majlis MBPP En Suhairi dan Penghulu En Tajuddin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page