top of page

ADUN Batu Uban ajur taklimat bersama agensi kerajaan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 23
  • 1 min read

ree

ADUN Batu Uban, A Kumaresan baru baru ini menganjurkan sesi taklimat antara pihak jawatankuasa penduduk dan agensi kerajaan.


Sesi taklimat itu, katanya, penting bagi pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan KADUN Batu Uban untuk melaksanakan penerangan kepada penduduk atau menyelesaikan masalah berbangkit di peringkat akar umbi.


"Tujuan taklimat ini untuk memberikan penerangan dan membangkitkan isu-isu semasa di Kadun Batu Uban. Antara agensi yang hadir adalah Polis Diraja Malaysia, Majlis Bandaraya Pulau Pinang,

Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Jabatan Kerja Raya.


"Supt. Lee Swee Sake, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut juga memberikan penerangan mengenai beberapa isu penting seperti jenayah scam dan jenayah melibatkan warga asing," katanya.


Sesi taklimat seumpama itu sering diadakan di KADUN Batu Uban bagi merapatkan jurang informasi antara rakyat dan agensi kerajaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page