top of page

ADUN Batu Uban agih sumbangan Ramadan kepada agensi kerajaan

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 3, 2024
1 min read


ADUN Batu Uban A Kumaresan semalam mengagihkan sumbangan Ramadan kepada beberapa agensi kerajaan di kawasannya.


Menurut beliau, 8 agensi diagihkan sumbangan Ramadan dan lebih banyak lagi akan dilawati pasukannya.


"Sempena bulan Ramadan ini saya bersama staf Pusat Khidmat Kadun Batu Uban menyantuni golongan barisan hadapan.


"Kami menghargai pengorbanan dan komitmen yang tinggi para petugas barisan hadapan.


Antara agensi yang menerima sumbangan ialah Klinik Kesihatan Sungai Dua, Klinik Kesihatan Bukit Jambul, JPJ Batu Uban, Balai Polis Sungai Nibong, Bomba Jalan Perak, Jabatan Kebajikan Masyarakat T/L, Tekun Nasional dan Perkeso.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page