top of page

ADUN Bakar Arang, Sidam lawat Hospital Sultan Abdul Halim



Dua ADUN KEADILAN kelmarin mengadakan kunjungan hormat ke atas pihak pengurusan Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah untuk mengetahui masalah dan perancangan hospital berkenaan.


Dalam lawatan itu ADUN Bakar Arang, Adam Loh dan ADUN Sidam, Bau Wong Bau Ek bersama beberapa orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital diberi penerangan mengenai perancangan pihak hospital untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang sering diadu oleh penduduk setempat.


"Dari maklumat yang diperolehi, kami difahamkan bahawa hospital kini menghadapi kekurangan staf. Dengan jumlah pesakit yang semakin meningkat setiap hari, ini menyebabkan hospital menjadi sangat sesak.


"Mengikut piawaian antarabangsa, nisbah katil kepada populasi ialah 2.2, namun pada masa ini, Hospital Sultan Abdul Halim hanya mempunyai 0.8 katil untuk setiap 1,000 penduduk.


"Mengambil kira pertumbuhan populasi di Kuala Muda, jelas bahawa jumlah katil hospital kini tidak mencukupi.


"Berkenaan kakitangan, pada masa ini terdapat seramai 2,700 staf yang berkhidmat di hospital tersebut," kata Adam Loh.

Lawatan turut dibuat ke unit kecemasan hospital

Menurut ADUN Bakar Arang itu, mereka diberi pejelasan pada masa hadapan pihak hospital berhasrat untuk menaik taraf fasiliti dengan menambah lebih kurang 300 katil baharu.


Selain itu, katanya, satu tempat letak kereta yang boleh menampung sebanyak 1,000 kenderaan juga sedang dirancang untuk dibina.


"Selama lawatan kami, kami turut melawat bilik ICU serta zon merah dan kuning. Kami juga berpeluang mendengar cabaran-cabaran yang dihadapi oleh pihak hospital dan doktor yang bertugas," katanya lagi.


Beliau dan ADUN Sidam berharap kerajaan pusat akan meluluskan perancangan pihak hospital tersebut bagi memberi keselesaan kepada penduduk di kawasan sekitar yang semakin bertambah.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page