ADUN Bakar Arang, Adam Loh baru baru ini menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Perayaan Hari Deepavali di Hotel Seri Malaysia, Sungai Petani.
Menurut beliau, majlis tersebut adalah hasil inisiatif Yayasan Sultanah Bahiyah bagi membantu golongan memerlukan.
"Sumbangan diagihkan kepada 100 penerima termasuklah ibu tunggal, warga emas dan mereka yang kurang berupaya dari kawasan sekitar daerah Kuala Muda, Kulim dan Kota Setar.
"Terima kasih dizahirkan kepada Yayasan Sultan Bahiyah yang sudi membantu membantu mereka yang memerlukan," katanya.
Majlis itu dihadiri oleh Yang Teramat Mulia Datin Paduka Datuk Tunku Hajah Nafisah Almarhum Sultan Badlishah, Ahli Lembaga Amanah YSB merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan YSB yang turut sama menyampaikan sumbangan kepada penerima yang memerlukan.
Adam Loh berharap sumbangan yang diberikan itu dapat meringankan beban serta menghadirkan sinar kegembiraan buat para penerima menjelang Deepavali.
Comments