top of page

ADUN-ADUN KEADILAN Johor agih sumbangan kepada Cabang, Penyelaras DUN

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Sep 29, 2021
  • 1 min read


ADUN-ADUN KEADILAN Johor baru-baru ini menyampaikan sumbangan bantuan kepada Cabang-Cabang KEADILAN, termasuk Angkatan Muda KEADILAN dan Penyelaras-penyelaras lantikan KEADILAN Johor


Menurut Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN), Naim Jusri, jelajah tersebut dilakukan dengan kerjasama pimpinan MPN Johor untuk mengagihkan sumbangan kepada rakyat memerlukan.


"Jelajah kali ini bermula di Pejabat DUN Tiram, melibatkan 5 penerima. Sumbangan disampaikan oleh ADUN Tiram, Gopalakrishnan Subramaniam, yang juga merupakan Naib Pengerusi MPN Johor.


"Antara penerima sumbangan di Pejabat Dun Tiram itu ialah Cabang Iskandar Puteri, Penyelaras Parlimen Segamat, Penyelaras DUN Pasir Raja, Ranting Adela, Cabang Pengerang dan AMK Cabang Kulai," katanya.


Tambah Naim, jelajah tersebut diteruskan Cabang Kluang dengan Ysharuddin Kusni, ADUN Bukit Naning, merangkap Ketua Penerangan MPN Johor menyampaikan sumbangan kepada Cabang berkenaan.


Jelajah juga singgah di Cabang Sekijang melibatkan Penyelaras DUN Pemanis. Kemudian ke Muar dan Pagoh yang melibatkan 2 penerima, di Cabang Pagoh dan Penyelaras DUN Bukit Pasir.


"Program berakhir di Muar yang melibatkan dua penerima, iaitu Cabang Muar dan Penyelaras DUN Pasir Balang," kata Naim lagi.


Antara anggota pimpinan MPN yang terlibat menjayakan program tersebut ialah Bendahari MPN, Subramani Chami, Ketua AMK Johor, Yuneswaran dan Setiausaha AMK Johor, Fakharuddin Moslim.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page