top of page

Aduan Suri berjaya selesai 95 peratus aduan - Fuziah



Sebulan setelah dilancarkan pada 11 Januari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berjaya menyelesaikan 95 peratus dari 909 aduan diterima melalui aplikasi WhatsApp Aduan Suri.


Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh berkata kebanyakan aduan diterima adalah berkaitan ketiadaan bekalan, kenaikan harga dan penipuan pembelian dalam talian.


"Pada pelancaran Aduan Suri di Kedah bulan lalu, kita edarkan 500 pelekat peti sejuk yang mempunyai kod QR saluran aduan melalui WhatsApp, hasilnya 909 aduan diterima setakat ini.


"Melalui mekanisme ini, pengadu hanya imbas kod QR dan ianya akan disalurkan terus ke aplikasi aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Johor menjadi lokasi kedua kita edarkan lagi 500 pelekat peti sejuk Aduan Suri.


"Daripada 909 aduan yang kita terima, 95 peratus berjaya diselesaikan dan direspon dalam tempoh 14 hari. Malah menerusi inisiatif Aduan Suri juga maklum balas akuan penerimaan aduan segera dibuat dalam tempoh dua jam berbanding sehari sebelum ini," katanya.


Fuziah berkata begitu dalam satu sidang media selepas Majlis Pelancaran Aduan Suri dan Program Jualan Rahmah peringkat Johor semalam.


Sementara itu jelasnya, statistik penerimaan aduan menunjukkan inisiatif Aduan Suri mampu memperkasakan hak suri rumah sebagai golongan pembeli dan pengguna.


Bagi menyebarluas penggunaan aplikasi itu, pihak kementerian juga jelasnya berhasrat memperkasakan penggunaan Aduan Suri dengan meletakkan kod QR itu di pasaraya dan kedai.


Selain itu perbincangan turut diadakan untuk untuk kemas kini sistem agar ia menjadi lebih efisien.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page