top of page

Adu masalah perkhidmatan penerbangan kepada Mavcom - KPDN



Masalah perkhidmatan penerbangan di negara ini seharusnya diadukan kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom), bukannya kepada Tribunal Tuntutan Pengguna.


Hal itu dimaklumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dalam kenyataan hari ini.


"KPDN mengambil maklum akan aduan yang diberikan oleh pihak Persatuan Pengguna (FOMCA) dalam Buletin Utama 16 April 2023 mengenai perkhidmatan pengangkutan udara terutama berkenaan harga, perkhidmatan, pertukaran jadual dan pembatalan penerbangan.


"Kementerian ingin memaklumkan kepada semua pengguna perkhidmatan pengangkutan udara mulai 1 Mac 2016, melalui Akta Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2015, Akta A1498, seksyen 99(1)(c) yang telah dipinda dengan memasukkan seksyen 99(1)(ca) yang memperuntukkan bahawa apa-apa isu pertikaian berkaitan dengan perkhidmatan mana-mana syarikat penerbangan adalah di luar bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna, KPDN dan segala aduan berkenaan dengannya hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM)," kata kenyataan KPDN hari ini.


Oleh itu, Kementerian berkenaan menyeru semua pengguna untuk menyimpan atau merakam semua transaksi bila berhubungan dengan syarikat penerbangan dan membuat aduan kepada Mavcom beserta bahan bukti yang telah dirakam dan disimpan.


"Walau bagaimana pun, segala aduan yang Kementerian terima selama ini telah dimajukan kepada Mavcom untuk tindakan selanjutnya," kata kenyataan itu lagi.


Pengguna boleh membuat aduan melalui pautan https://flysmart.my/en/make-a-complaint/ atau emel enquiries@flysmart.my jika berhadapan dengan masalah dalam perkhidmatan penerbangan.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page