Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang, Azmizam Zamanhuri (gambar, tiga dari kiri) bersama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Idaman semalam menganjurkan gotong-royong memasak bubur lambuk.
Menurut Azmizam, lebih daripada 6 NGO terbabit dalam penyediaan bubur lambuk berkenaan yang sewajarnya dicontohi oleh NGO-NGO di kawasan lain.
"Saya turun pada hari ini sebagai tanda sokongan kepada semua NGO yang ada dalam kampung ini yang mengambil inisiatif untuk mengadakan program bubur lambuk sempena Ramadan.
"Bubur lambuk ini akan diagihkan kepada masyaraat setempat dan saya difahamkan pihak penganjur juga akan mengedarkan bubur ke agensi kerajaan seperti polis, bomba dan sebagainya
"NGO-NGO yang berdaftar dalam kampung Indaman ini yang bekerjasama merealisasikan program hari ini harus diberi pujian. Inilah antara kerja amal yang dibuat sempena bulan Ramadan ini," katanya.
Bubur lambuk tersebut tersedia menjelang pukul 5.00 petang dan diagih-agihkan kepada kenderaaan yang lalu lintas di jalan utama Kampung Idaman, juga diedarkan dari rumah ke rumah.
Comentários